Friday, 16 October 2015

SENI ARCA



SENI ARCA
PENGENALAN
Seni arca merupakan hasil seni yang bersifat tiga dimensi yang boleh diamati dalam ruang realiti atau ruang sebenar. Arca wujud diantara pemerhati dengan ruang realti. Ianya diamati dalam ruang 360 darjah. Arca terbahagi kepada dua jenis iaitu arca berfungsi dan arca estetika. Terdapat beberapa kategori arca  yang wujud iaitu arca binaan, luakan, asemblaj, instalasi, mobil, stabil, lembut, timbulan serta arca acuan.
Ruang lingkup dunia Seni Rupa Malaysia mudah dibuka dan diamati kerana jarak masa yang tidak begitu jauh ditinggalkan. Dengan mengambil kira pandangan sejarawan seni yang membina batu tanda 1930an sebagai permulaan Seni Lukis Moden Malaysia T.K Sabapathy (1976), Piyadasa (1976), Muliyadi Mahamood (2001), Mohamed Ali Abdul Rahman (2000), maka baru 70an tahun usianya. Dalam waktu yang sama  melihat seni yang belum ditandai dengan batu tanda moden tadi turut berlaku. Syed Ahmad Jamal (1992) dengan Rupa dan Jiwa mengupas penuh kehalusan hasilan Seni Rupa Melayu yang sebelumnya dipandang sebagai barangan kraf semata. Keilmuan dari barat diguna pakai oleh Datuk Syed Ahmad Jamal untuk mengupas keunggulan seni rupa Melayu yang dikatakan jelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk karya seni rupa. Mengambil kira pendapat Clive Bell yang merumuskan bahawa melalui kesenian, kita dapat membuat kesimpulan tentang mereka yang menghasilkannya. Maka sisi kebudayaan sesuatu bangsa mampu terungkai dengan melihat hasilan seni rupa melayu sperti  sonngket, tembikar, kerja tangan logam, ukiran, senjata, tekatan, sulaman, anyaman, tenunan, wayang kulit, seni khat , arca dan seumpamanya. ( Syed Ahmad Jamal 1992). Siti Zainon Ismail 2008, melihat kewujudan bentuk-bentuk tiga dimensi yang ada di sekeliling masyarakat Melayu dahulu merupakan bukti  bentuk arca tradisi telah wujud sekian lama.

Seperti yang ditulis di awal perengan,  angka 1930 telah dinobatkan sebagai bermulanya dunia Seni Rupa Moden Malaysia.  Seolah-olah punya dua kelompok seni yang terpisah, satu yang bersifat tradisi yang lebih santai dan dekat dihati masyarakat  dan satu lagi yang bersifat moden yang agak terasing bagi sesetengah masyarakat, hanya golongan tertentu yang mampu mendekati dan menikmati. Lantas dikatakan seni moden in bersifat elitis. Baha Zin 1995 menyatakan  “Perkembangan kesenian moden malangnya terasa terpencil dan terasing daripada khalayaknya. Ini diperkuatkan lagi oleh perjuangan dan idealisme seniman yang percaya bahawa seni yang autentik adalah seni yang memberikan pengungkapan yang tulen terhadap gagasan, persepsi, dan pengalaman emosi pengarangnya. Tidak kira apakah hasilnya memancarkan masalah, aspirasi, atau predikamen bangsanya atau tidak. Kebebasan pencipta adalah lebih berdaulat daripada nasib masyarakatnya.

Untuk mewajarkan dunia seni moden Malaysia ini maka pendefinasian serta terma-terma dari barat  diguna pakai, lalu kita dikenalkan dengan disiplin seni moden yang dicedok dari barat. Painting diterjemahkan dengan catan drawing diterjemahkan dengan  Lukisan, Sculpture diterjemahkan dengan arca ,print making diterjemahkan dengan seni cetak. Empat disiplin asas ini digunapakai dalam sekolah-sekolah seni yang tumbuh dari pemikir yang  pernah bersekolah di barat. Malahan kiblat ke barat masih membara walaupun cuba dipadam dengan gagasan pandang ketimur Tun Mahathir. Penulis tertarik dengan kata-kata Zin Mahmud yang menyatakan negara Britain itu masih dekat di hati segelintir masyarakat yang pernah dijajah olehnya terutamanya dalam bidang-bidang seperti ekonomi, pendidikan dan keselamatan.

1.1          LATAR BELAKANG
Menggunakan istilah arca yang diterjemahkan dari sculpture dapat didefinisikan secara ringkas ia sebagai sebuah karya seni yang berbentuk  tiga dimensi  atau timbulan. Bahasa Yunani lama sculpere memberi makna mengukir, menebuk, memotong . memodel menggunakan tanah liat atau lilin  untuk membina figura secara timbulan atau tiga dimensi. Gaunt 1966, Ocvirk 1994. Definisi arca berubah mengikut peredaran zaman ianya bukan hanya sekadar mengukir dan memodel, di era moden apa jua bentuk yang melibatkan ruang tiga dimensi dengan teknik yang pelbagai seperti  kimpalan,  cantuman, jahitan , ketukan, lekatan dan sebagainya. Bentuk-bentuk arca di zaman Michelangelo berubah dengan arca-arca Konstruktif, kenitik, minimilis, instalasi, ‘site specifik’, seni awam,seni persekitaran , video art,  seni eletronik.

1.2            SEJARAH SENI ARCA
 Malaysia
Seni arca mula mendapat tempat secara menyeluruh di Malaysia pada tahun 60-an. Kesedaran masyarakat tentang nilai estetika seni arca yang mungkin agak subjektif, telah mula ketara masa kini dengan terpaparnya sejumlah besar hasil seni tiga dimensi di kawasan-kawasan umum di negara ini. Hal ini secara tidak langsung telah menyedarkan masyarakat tentang fungsi arca, yang bukan sekadar memenuhi ruang fizikal, malah yang lebih menariknya adalah memberi pengisian terhadap tahap pemikiran serta minda masyarakat Malaysia yang majmuk supaya lebih kreatif dalam mengaitkan manusia dengan alam.

Pengiktirafan dan pemikiran masyarakat luar negara terhadap kemampuan beberapa pengarca di Malaysia,secara tidak langsung menunjukkan kemampuan pengarca menembusi naluri penghayat di peringkat antarabangsa. Hal ini jelas ketara, bukan sahaja melalui beberapa karya seni arca negara yang telah dipamerkan dengan jayanya di luar negara, malah mampu memenangi pertandingan pengarcaan di peringkat yang lebih global. Beberapa bangunan pencakar langit di ibu negara  seperti bangunan berkembar Petronas, jelas menunjukkan gabungan mantap dan bijak manusia dalam aspek mengaitkan komposisi aspek rupa, bentuk dan ruang. Ini adalah bukti nyata, bahawa kesedaran nilai arca telah mula meresap ke disiplin lain seperti senibina dan kejuruteraan. Ini amat membanggakan dan inisiatif sebegini seharusnya di galakkan dan di teruskan.

Kini, konsep artistik dalam produk contohnya, di Barat telah diterima dengan mudah oleh pengguna yang mugkin telah jemu dengan jenisan produk yang terlampau process and production oriented’. Atas desakan masyarakat yang hauskan produk berbentuk sebegini, pihak industrialist telah sanggup mengalah dan cuba menurut arus citarasa pengguna walaupun melibatkan kos yang tinggi dalam proses pengeluaran produk. Ini adalah bukti nyata, bahawa iklim perindustrian juga telah menyedari hakikat iaitu nilai estetika dan aspek kemanusiaan penting dalam pemasaran sesuatu barangan.
Senario aktiviti seni arca di Malaysia masa kini, mungkin tidak akan terhasil tanpa inisiatif pengarca awalan seperti Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Redza Piyadasa, Anthony Lau, Yeoh Jin Leng, Lee Kian Seng dan yang lainnya. Nama-nama besar ini telah mewarnai aktivitiseni arca negara sekitar tahun 60-an melalui pengalaman mereka di luar negara. Disinilah mula bertapaknya aktiviti pengarcaan moden di Malaysia yang terus berkembang hingga ke hari ini. Penglibatan mereka sekaligus memberi sumbangan besar terhadap dunia seni arca di negara ini.
Dengan pengisian, kegigihan serta motivasi tinggi pengarca yang ulung berkarya, pada tahun 1976, Balai Seni Lukis Negara telah berjaya mengadakan satu pameran pertama yang mampu di banggakan. Hasil-hasil karya yang diperagakan serta pengisiannya dan insentif positif mereka, sememangnya telah menjadi bahan rujukan dan sandaran untuk para pengarca generasi masa kini supaya lebih bermotivasi dalam berkarya. Tahap kualiti hasil pameran pada ketika itu seharusnya dipertahan dan dipertingkatkan oleh para seniman pengarca masa kini. Mengambil sempena pameran tersebut,T.K Sabapathy telah menghasilkan satu penulisan yang agak menarik menggunakan tajuk “Tinjauan Seni Arca di Malaysia” yang  telah menjadi satu-satunya bahan rujukan penting para pengarca Malaysia berkarya hingga ke hari ini.

Pameran Seni Arca Kontemporari Malaysia ini, adalah merupakan pameran seni arca yang kedua diadakan di Balai Seni lukis Negara. Mengimbas kembali jangka masa yang begitu lama hingga kini,masyarakat pencinta seni arca yang mungkin hauskan pendedahan sebegini,harus dapat menilai gelombang perubahan samaada dalam aspek makna mahupun kaedah pengubahan dan senagainya dalam kesejagatan karya. Tinjauan awal hasil karya yang diperagakan memberi satu cetusan gambaran baru tentang aspek aktiviti pengarcaan yang agak eksperimental. Penggunaan bahan-bahan baru serta pengeksploitasiannya dalam pengarcaan serta teknik pengubahan banyak menonjolkan aspek mirip kepada konsep instalasi.

Seni arca pada masa kini. Bukan sekadar menggabung elemen dan prinsip seni untuk tujuan nilai estetika 3 dimensi semata-mata, malah lebih daripada itu. Setakat mana masyarakat mampu mengenalpasti sumbangan rupa, bentuk, ruang, jalinan, eksploitasi bahan dan sebagainya perlu dianalisa sebelum ianya cuba dikembangkan dengan hasil pengarcaan yang menitikberatkan aspek makna,falsafah serta pengisian yang mungkin membebankan dan kadang kala mengelirukan. Samaada kita perlu menghasilkan seni arca yang agak elementary agar lebih mudah difahami ramai adalah sesuatu yang perlu difikirkan bersama. Ada juga dalam kalangan pengkarya beranggapan bahawa, memudahkan tahap penghayatan sesuatu karya daripada aspek pengisian makna dan penghayatan visual asalnya, akan secara tidak langsung merendahkan martabat keindahan serta makna seni itu sendiri.

1.3       JENIS-JENIS ARCA
1.3.     Arca Asemblaj
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. arca ini juga mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture”, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal ialah “Homeege to NewYork”, karya Jean Tinguely. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu  Bicycle Wheel adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Bicycle whell


1.3     Arca Timbulan
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.
Henri Matisse - Back, IV, 1930-1931

1.3.       Arca Mobail
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.

Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.

Red Mobile, oleh Alexander Calder, 1956

The Star oleh Alexander Calder,1960
Polychrome sheet metal and steel wire

1.3.       Arca Stabail
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

Calder, Alexander -"Hollow Egg" - (1939)

Calder, Alexander
Stabile, Paris-La-Défense - (1976)


1.3.       Arca Dinding
Arca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalah integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat didinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bangunan dansebagai hiasan di meja, dinding atau digantung pada syiling . di Malaysia antara arca dinding yang terkenal ialah “Langkawi – 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin”.

Antara contoh arca dinding


1.4         KESIMPULAN
Dapat disimpulkan bahawa perkembangan seni arca ini membawa kepada banyak perubahan seni arca dari dahulu hinggalah sekarang. Dengan berpandukan arca zaman dahulu  maka ia dapat membuka minda membentuk sesuatu karya seni arca yang baharu. Selain itu juga, dengan wujudnya pelbagai bidang dalam arca ini, maka pengkarya berhak memilih mana satu aliran ikutan yang mahu dijadikan bimbingan untuk mengolah arca sendiri. Misalnya arca pemasangan yang baru-baru ini mula bertapak di hati para pengkarya di Malaysia. Ditambah dengan itu lagi, arca lembut juga mula menambat hati para peminat seni untuk meghasilkan sesuatu yang baharu bagi rakyat Malaysia. Tetapi sesuatu yang biasa bagi golongan seni Eropah.




















PENGOLAHAN BAHAN DALAM TEKNIK BERKARYA

Teknik Penghasilan Karya
Dalam teknik penghasilan karya ini, saya telah cuba menggabungkan bahan yang akan saya gunakan iaitu kayu dan besi. Saya cuba menggabungkan bahan baharu iaitu besi manakala kayu pula bahan yang lama dan unik sesuai dengan konsep yang saya tekankan.
Kayu jenis sederhana keras ( kayu Tendireg )

Media Campuran
Dalam karya yang dihasilkan oleh pengkarya sendiri, saya telah cuba menggabungkan penggunaan media yang digabungkan agar ia lebih kelihatan artistik serta dinamik mahupun dominan dari segi penggunaan bahan yang dipakai. Misalnya karya yang dihasikan oleh Annasuwandi Ahmad dalam karya “Trap Series: No2”, (2010). penggunaan bahan yang biasa digunakan untuk membuat perangkap seperti buluh, tali dan rotan. Penggunaan bahan besi yang tajam seolah-olah apabila mereka memasuki perangkap yang didalamnya penuh dengan kesakitan dan sukar untuk melepaskan diri lagi, Inilah yang cuba disampaikan oleh beliau supaya kita beringat sebelum terkena. Penggunaan bahan campuran daripada indutri tadi yang diadun dengan bahantara daripada alam seperti serat daripada serkam padi telah memberikan kesan yang lebih bertenaga dalam karya-karya arca dinding beliau seperti ini.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJJ_fP_DGdMsWkyaqqJqZkwx8F2fSjaADOIzslIfPqM1e_3vKnR2V-U2_E6tHBZs9jLI8fv_GaLub5neUkrP1vFRiPSIOiHB9z95tePsNzCTG5junxD5Bi2s8q5FbFUQYTibYuJiG9tVjh/s200/Trap+Series+%25232.bmp
“Trap Series: No2”, (2010)

Dengan merujuk kepada bagaimana pengolahan karya yang dihasilkan menggunakan media gabungan daripada pengkarya Annasuwandi Ahmad, saya cuba untuk meniru bahan yang digunakan dalam karya saya dimana saya telah menggabungkan besi dan kayu sebagai media Utama.
            
Ukiran Kayu
Dalam penghasilan karya, saya juga menyelitkan sedikit berkaitan dengan ukiran pada kayu yang dijadikan simbolik serta konsep tang rumah tersebut. Dalam ukiran pada kayu ini saya telah merujuk sebuah buku yang berjudul Asas Ukiran Iban ditulis oleh Augustine Anggat Ganjing. Dari buku tersebut saya telah merujuk berkaitan dengan asas ukiran dalam masyarakat iban yang akan diterapkan dan diapikasikan dalam ukiran kayu karya saya.
Jenis asas ukiran bermula
Contoh ukiran pada karya “bentuk v”

             Kimpalan Besi
Karya yang dihasilkan juga daripada gabungan kepingan besi-besi yang dikimpalkan menggunakan besi yang lain. Dalam penggunaan kimpalan ini saya mengaplikasikan pada arca besi saya.dimalaysia pengarca yang membuat arca menggunakan kimpalan besi adalah seperti Raja Sariman, Ramlan Abdullah, Mad Anuar dan lain lagi. Namun begitu mereka sekarang lebih kepada meggunakan acuan untuk menghasilkan karya.
Proses kimpalan
Hasilan karya yang dikimpal


RUMUSAN
Penggunaan media yang pelbagai dalam karya adalah amat membantu menarik minat terhadap sesuatu karya. Namun begitu menggunakan media yang dominan saja pun apa kurangnya. Namun bagi saya, gabungan media lagi menampakkan nilai artistik dalam karya kerana kurang media akan menampakkan kebosanan terhadap karya. Namun itu, terpulang kepada pengkarya sendiri untuk mengolah karya beliau.






CADANGAN KARYA
Pengenalan
Cadangan idea asal saya adalah memang berkaitan dengan budaya masyrakat iban di Sarawak yang berkonsepkan tiang rumah panjang mereka. Rumah Panjang merupakan tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri mahupun dari segi keselamatan dan kebudayaan. Senibina rumah ini berpegang teguh dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana masyarakat luar.Rumah ini menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian yang mudah didapati di Kepulauan Borneo.  Rumah panjang atau Rumah panjai  dalam bahasa iban adalah jantung kehidupan suku Dayak, segala aktivitas sosial, budaya, ekonomi, dan politik masyarakat Dayak berawal, tumbuh dan berkembang dari sini. Di rumah panjang sejarah lisan, tradisi dan filsafat hidup dengan berbagai kearifan lokalnya diturunkan kepada generasi berikutnya.  Di beranda rumah panjang kaum perempuan belajar menganyam dan menenun. Di rumah panjang pula acara-acara ritual dilaksanakan, hukum adat yang demokratis digelar, segala persoalan dirundingkan dan keputusan bersama ditaati setiap orang.
Rumah panjang masyarakat iban




 Kajian Tampak

Rujukan Karya
Dalam rujukan karya artis di Negara kita sayatelah merujuk satu karya yang dihasilkan oleh Mohamad Ismadi Sallehudin.
Warrior series oleh ismadi sallehudin, 1996

On the forest oleh Alberto Caneiro
On The Water oleh Alberto Caneiro

A forest to your dreams, 1970 oleh arberto caneiro
On The Water Oleh Arberto Caeniro

          Rujukan Artis
Artis tempatan yang saya rujuk adalah Mohamad Ismadi Sallehudin. Beliau merupakan pelukis terkenal yang mana pada ketika dahulu pernah menghasilkan sebuah arca yang seakan-akan seperti arca yang dibuat oleh saya. Beliau merupakan pensyarah di sebuah universiti terkemuka di Negara kita. Beliau pernah menghasilkan sebuah arca yang digabungkan dengan kayu serta besi yang bertajuk Warrior pada tahun 1996 seperti yang terdapat di atas.
Selain itu juga, saya juga merujuk artis Mazli Mat Som yang turut membuat arca menggunakan arca logam yang idileburkan dan bukannya daripada cantuman besi-besi.


Arca oleh Mat Ali Mat Som,2013

Selain daripada merujuk artis tempatan, saya juga turut merujuk artis luar Negara yang turut membuat arca pemasangan. Antaranya adalah Anthony caro. Beliau merupakan pengarca tersohor Inggeris, yang lahir di New Malden United Kingdom. Baru sahaja meninggal dunia pada tahun November 2013. Antara hasilan arca pemasangan oleh beliau adalah sperti berikut:
Emma Dipper 1977
Early One Morning 1962, oleh Anthony Caro

Selain daripada Anthony caro, saya juga turut merujuk pengarca yang membuat arca yang seakan-akan sama dengan arca yang dihasilkan oleh saya. Beliau adalah merupakan pelajar kepada Anthony caro iaitu Alberto Caneiro.beliau merupakan pengarca yang berasal dari Portugal. Arca yangdihasilkan oleh beliau adalah kebanyakkan berkaitan denagn persekitaran alam. Hal ini kerana belaiau merupakan lahir sebagai anak seorang peladang dan berkarya berdasarkan kehidupan pengalaman hidup beliau. Dibawah ini menunjukkan bahawa beliau lebih kepada pengalaman beliau dalam berkarya. Maka dengan itu, saya juga cuba mendalami budaya dalam masyrakat saya iaitu masyarakat iban itu sendiri dalam berkarya. Dalam kata lain, berkarya berdasarkan pengalaman diri.
A field after harvest for aesthetic enjoyment of our body, 1973-76 oleh Alberto Caneiro
Penyataan Masalah

Perubahan pada corak hidup dalam masyarakat ini akan membawa perubahan pengekalan adat dan budaya ini. Hal ini akan menghilangkan kelangsungan keaslian tradisi yang diwarisi sejak masyarakat ini mengenal erti seni warisan tradisi.Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum amat wajarlah untuk mengenali dan memahami budaya dalam masyarakat iban ini. Keterbatasan pengetahuan kepada ikon sukuan ini menyukarkan masyarakat untuk mengenali suku kaum itu. Namun dengan adanya penterjamahan secara ilmiah, perincian secara formalistik dan estetika dalam kajian ini,  maka permasalahan ini dapat diselesaikan dengan positif.

KARYA AKHIR
Cadangan Konsep Karya
Cadangan asal karya adalah berkonsepkan tiang rumah panjang masyarakat iban di Sarawak. Dengan berkonsepkan tiang maka saya memilih arca dengan pemasangan sebagai kaedah berkarya. Konsep yang utama ingin diketengahkan dalam kajian ini ialah tentang konsep perpaduan yang diamalkan oleh masyarakat iban terutama yang tinggal di rumah panjang. Sebagai subjek dalam penghasilan karya ini ialah, karya yang boleh disampaikan kepada audiens adalah dengan memperkenalkan dan menghasilkan salah satu bidang (3D) tiga demensi. Yang arca ini lebih tertumpu kepada keindahan nilai budaya dalam masyarakat iban dengan mengambil konsep tiang rumah panjang tersebut. Arca ini lebih kepada konsep dan kontek dalam proses penghasilannya dimana pengkarya akan mengupas apa yang ingin disampaikan oleh pengkarya dalam menghasilkan arca instalasi ini.
Kajian rumah panjang
Kajian tiang rumah panjang

Lakaran awal karya sebelum diolah menjadi lebih artistik





Proses Perkembangan Kerja
Kajian bahan yang akan digunakan serta kajian budaya masyarakat iban. Selain itu kajian berdasarkan anatomi manusia juga dibuat untuk mengkaji serba sedikit figura manusia yang akan menggambarkan nilai budaya.
Kajian budaya masyrakat iban
Lakaran menggunakan kaedah teknologi iaitu menggunakan adobe photoshop
­kajian yang dilakukan berkaitan anatomi turut dilakukan disamping olahan karya berdasarkan media yang digunakan. ( rujuk lampiran )

 Pemilihan Bahan Dan Alatan Yang Digunakan
Bahan yang digunakan adalah seperti besi buruk, kayu jenis lembut yang dipanggil kayu tendireg ( bahasa dusun ). Untuk membuat kemasan dalam karya saya telah mengecat kayu tersebut menggunakan cat kayu dan varnish yang berwarna seperti kayu untuk menunjukkan warna asal kayu tersebut.selain itu, juga juga menggunakn mesin welding untuk menghasikan motif pada kayu tersebut dengan membuat sedikit ukiran yang dibuat secara abstrak.
Kayu yang telah di varnish


Kayu tendireg dan mesin kimpalan
Aktiviti kimpalan

Proses Kreativiti
Dalam proses ini, saya telah mengolah sendiri bagaimana seharusnya bentuk arca yang ingin dibuat dengan menggunakan bahan seperti kayu dan besi. Dengan mengolah serta membentuk arca dengan kaedah kimpalan besi ini proses kreativit dicari agar arca tersebut tidak dibuat begitu sahaja. Banyak proses kerja yang harus dibuat. (rujuk lampiran)
Lakaran awal karya yang ingin dihasilkan


 Proses Artistik
Proses artistik ini adalah untuk menampakkan keindahan dalam karya disamping memperhalusikarya agar menjadi lebig menarik dan artistik.
Proses mencari rekaletak karya

DOKUMENTASI KARYA AKHIR
Dokumentasi karaya ini adalah bertujuan untuk mengupas makna yang terdapat dalam karya tersebut. Dalam dokumentasi ini ia mengupas dari segi bidang kajian  serta kajian iliah yang dihasilkan oleh pelajar sendiri.

Makna Yang Terdapat Dalam Karya
Dalam karya yang bertajuk iban komuniti yang pengkarya hasilkan adalah cuba untuk menyampaikan nilai budaya dalam masyarakat iban misalnya budaya tarian, aktivit harian serta kebudayaan meraka. Dalam hal ini juga saya telah mengambil konsep tiang rumah panjang yang mana masyarakat iban ini tinggal dirumah panjang. Konsep tiang rumah ini menunjukkan perpaduan dalam masyarakat iban yang tinggal dirumah panjang sangat kuat untuk menggabungkan perpaduan diantara mereka. Selain itu, saya telah menghasilkan arca besi yang diolah menggunakan besi sepenuhnya yang digunakan untuk simbolik kepada masyarakat dalam rumah panjang itu sendiri. Makna mengapa saya menggunakan kayu dalam karya saya adalah disebabkan oleh kayu merupakan bahan lama dan haruslah dipelihara. Begitu jugalah nilai budaya dalam masyarakat iban ini harus dipelihara dari generasi ke generasi yang akan datang untuk mengekalkan keunikannya daripada ditelan oleh arus pemodenan dengan dunia tanpa semadan sekarang. Makna mengapa juga saya menggunakan besi sebagai simbolik kepada orang adalah disebabkan besi ini sesuatu bahan yang baharu dan canggih maka walaupun ada bahan social yang baru misalnya television, computer tetapi nilai budaya ini harus dijaga oleh generasi baru. Maka dengan itu ia akan kekal merentasi zaman yang mendatang. Tambahan pula, karya yang saya hasilkan juga menunjukkan hieraki umur dalam masyrakat. Saya menghasilkan simbolik arca besi orang tersebut untuk menunjukkan kepelbagaian budaya dalam masyarakat iban itu sendiri.
Karya akhir yang bertajuk Iban Komuniti
Penyataan Tentang Karya
Dalam karya arca yang bertajuk iban komuniti ini ia mengupas kepada nilai budaya masyarakatiban itu sendiri. Konsep utama yang ingin diketengahkan dalam kajian ini ialah tentang konsep perpaduan yang diamalkan oleh masyarakat iban terutama yang tinggal di rumah panjang. Pengkarya bukan sahaja mengajak audien untuk berkongsi nilai budaya dalam masyarakat iban itu sendiri malah berhadrap dapat berkongsi keunikannya. Karya yang disampaikan kepada audien adalah dengan menghasilkan salah arca dalam bentuk pemasangan. Dimana arca in lebih tertumpu kepada nilai budaya dalam masyarakat iban dengan mengambil konsep tiang rumah panjang. Selain itu, melalui karya tersebut juga mampu memberikan pengetahuan kepada masyarakat setempat tentang kesenian dan keunikannya. Penghasilan karya ini juga sekaligus dapat memartabatkan kesenian yang ada dan mampu untuk  memberian yang positif kepada masyarakat sekeliling dan akan memelihara kesenian dan kebudayaan yang telah lama wujud di bumi kita ini.
Poster penyataan karya
KESIMPULAN
Akhir kalam, seni arca adalah sebuah karya yang dapat membantu menyampaikan maksud karya yang tersurat mahupun tersirat dengan adanya gaya abstrask, semi abstrack akan dihasilkan oleh arcawan.  Berdasarkan arca yang akan dihasilkan, mesej yang ingin disampaikan oleh pengkaji adalah pentingnya menjaga kesenian dan warisan serta budaya yang kini kian dipinggirkan. Disamping itu, penghasilan karya diharap mampu untuk mencapai objektif kajian yang teah ditetapkan. Selain itu, melalui karya tersebut juga mampu memberikan pengetahuan kepada masyarakat setempat tenteng kesenian dan keunikan budaya masyarakat iban. Penghasilah karya yang berkualiti, berkualiti dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri diharap mampu untuk memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. Panghasilan karya ini juga sekaligus dapat memartabatkan kesenian yang ada dan mampu untuk memberikan kesan yang positif kepada masyarakat sekeliling dan akan memelihara kesenian dan kebudayaan yang telah lama wujud dibumi kita ini.

No comments:

Post a Comment

ADAT KELAHIRAN MASYARAKAT MURUT TAHOL SAPULUT, NABAWAN PENGENALAN Perkataan  Murut  di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yan...